SOALAN LAZIM (FAQ)

Laman SOALAN LAZIM Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyediakan kemudahan capaian maklumat terhadap soalan lazim kepada SPP mengenai pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib serta lain-lain yang berkaitan di bawah fungsi dan tanggungjawab SPP.

PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP (PPT)
Pegawai-pegawai yang baru melapor diri (penempatan) di Pusat Tanggungjawab (PTJ) setiap Ketua Jabatan.
Tempoh yang diberikan untuk memperakukan pegawai melalui Sistem ePROPER adalah selewat-lewatnya 30 hari selepas tarikh lapor diri.
  1. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2018

  2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 5 Tahun 2018
Penetapan tarikh pengesahan dibuat adalah berdasarkan tarikh penempatan atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian.
Tidak boleh. Urusan Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT) perlu diuruskan terlebih dahulu sehingga selesai. Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) setelah syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan dipenuhi.
PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP)
Kelulusan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) tidak boleh dilaksanakan secara serentak, PTP perlu diuruskan terlebih dahulu sehingga selesai. Kemudian baru kemukakan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP).
Pegawai boleh mengemukakan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Ketua Jabatan dalam tempoh (7) hari sebaik sahaja tempoh percubaan maksimumnya tamat (setelah genap 36 bulan).
Terdapat 2 kategori Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) iaitu :

  1. PTP Tanpa Denda

  2. PTP Dengan Denda
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP)
Pegawai yang dilantik mulai 1 Januari 2014 dan ke atas sahaja perlu mengemukakan perakuan urusan perkhidmatan melalui Sistem ePROPER. Pegawai yang dilantik sebelum itu, perlu mengemukakan perakuan secara manual / hardcopy kepada SPP.
Pihak SPP akan mengeluarkan surat pemberitahuan kelulusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan(PDP) dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima dari Ketua Jabatan. Pihak tuan boleh mencetak surat kelulusan PDP melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaras dengan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil. 5/2018 - Pelaksanaan Sistem ePROPER.
  1. Bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu merujuk kepada agensi yang mengendali dan mengemaskini Buku Perkhidmatan Kerajaan bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP), PTJ tersebut akan menguruskan permohonan pegawai melalui Sistem ePROPER.

  2. Bagi Bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ) merujuk kepada agensi yang Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai dikendalikan dan dikemas kini oleh PTJ tersebut yang menguruskan permohonan pegawai melalui Sistem ePROPER. Merujuk Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil. 5/2018 bagi maksud (Definisi).
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB)
Hanya perakuan urusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) pegawai lantikan mulai 1 Januari 2014 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan melalui Sistem ePROPER. Pegawai yang dilantik sebelum itu, perakuan perlu dikemukakan secara manual kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

SOALAN LAZIM (FAQ)

Laman SOALAN LAZIM Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyediakan kemudahan capaian maklumat terhadap soalan lazim kepada SPP mengenai pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib serta lain-lain yang berkaitan dibawah fungsi dan tanggungjawab SPP.

PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP (PPT)
Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT) adalah bertujuan untuk menentukan perkara-perkara berikut :

  1. Pegawai telah menerima tawaran pelantikan;

  2. Pegawai telah memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan dalam surat tawaran;

  3. Tarikh pegawai melapor diri bertugas; dan

  4. Tarikh bagi penetapan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB).
Pegawai hendaklah (wajib) melengkapkan :

  1. Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan;

  2. Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin.1/2013);

  3. Surat Akuan Berkanun (Akta Akuan Berkanun 1960);

  4. Surat Aku Janji (Jadual Pertama [subperaturan 20(3)] P.U.(A) 1/2012);

  5. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8).

Nota : Item (a) sehingga (c) perlu dilengkapkan sebelum melapor diri dan dibawa bersama semasa hari melapor diri. Bagi pegawai yang tidak melengkapkan dokumen seperti yang dinyatakan di atas, Ketua Jabatan (KJ) mempunyai kuasa untuk menahan pegawai daripada melapor diri. Manakala (d) dan (e) dilaksanakan selepas pegawai melapor diri.

PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP)
PTP adalah seseorang pegawai belum memenuhi syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.
Terdapat 2 kategori PTP iaitu PTP Tanpa Denda dan PTP Dengan Denda. Berdasarkan Pekeliling SPP Bil. 2 Tahun 2018, Suruhanjaya boleh mempertimbangkan PTP Tanpa Denda dalam situasi berikut :

  1. Kegagalan Ketua Jabatan mengadakan peperiksaan perkhidmatan/ kursus induksi/ Program Transformasi Minda (PTM); dan

  2. Tidak dapat menduduki/ menghadiri peperiksaan perkhidmatan/ kursus yang berkaitan disebabkan faktor luar kawalan seperti kesihatan, keselamatan dan bencana alam (dibuktikan dengan dokumen yang sah); dan

  3. Surat Tawaran Pelantikan/ Pengesahan Pelantikan Tetap lewat dikeluarkan atau tarikh surat dikebelakangkan

PTP Dengan Denda pula disebabkan faktor berikut:

  1. Pegawai yang gagal peperiksaan perkhidmatan/ tidak menduduki peperiksaan perkhidmatan/ tidak hadir kursus induksi/ PTM dalam tempoh percubaan;

  2. Pegawai yang tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan untuk disahkan walaupun telah memenuhi syarat PDP; dan

  3. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib/ prosiding tatatertib.
Perakuan PTP boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].
Mengikut Peraturan 30(5), P.U.(A) 1/2012 tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
Peraturan 32, P.U. (A) 1/2012 menyatakan bahawa :

  1. hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu;

  2. tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan percubaannya dengan denda; dan

  3. diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannya berkuat kuasa.

  1. Perakuan Ketua Jabatan – JADUAL KEEMPAT [P.U.(A) 1/ 2012],

  2. Salinan Sijil Kursus Induksi/ PTM Yang Dihadiri,

  3. Surat Alasan Pegawai Tidak Menghadiri PTM,

  4. Surat Ulasan Ketua Jabatan Berkenaan Dengan Ketidakhadiran Pegawai Menghadiri PTM,

  5. Salinan Surat Kelulusan Pengecualian Hadir PTM,

  6. Salinan Kenyataan yang dikemaskini dengan catatan berikut:

    1. Tarikh Tawaran Pelantikan Tetap

    2. Tarikh Pengesahan Pelantikan

    3. Tarikh Kursus Induksi / PTM

    4. Tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Yang Diduduki dan Lulus

    5. Cuti Tanpa Gaji (Jawatan Sekarang)

    6. Cuti Separuh Gaji (Jawatan Sekarang)

    7. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti (Jawatan Sekarang)

    8. Tindakan Tatatertib

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP)
Peraturan 29 (1) [P.U.(A)1/2012] memperuntukkan seseorang pegawai yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya.
Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) seseorang pegawai adalah pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat PDP yang ditetapkan.
Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) seseorang pegawai adalah pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat PDP yang ditetapkan.

Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) Mengikut Skim Perkhidmatan
Bil.
Skim Perkhidmatan
Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

1.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

  1. Menjalani percubaan bagi tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun;
  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum) / Program Transformasi Minda (PTM);
  3. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
  4. Syarat-syarat lain yang diperuntukkan dari semasa ke semasa (jika ada).

2.

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

  1. Menjalani percubaan bagi tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun;
  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum) / Program Transformasi Minda (PTM);
  3. Lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan;
  4. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
  5. Syarat-syarat lain yang diperuntukkan dari semasa ke semasa (jika ada).
  1. Tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan;

  2. Tidak hadir dengan jaya Kursus Induksi (Modul Umum) / Program Transformasi Minda (PTM) atau pengecualian menghadiri Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM;

  3. Tidak menghadiri peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan; atau

  4. Gagal dalam peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan.
  1. Senarai semak urusan PDP;

  2. Jadual Ketiga P.U(A) 1/2012;

  3. Jadual Kelima P.U(A) 1/2012;

  4. Salinan sijil Kursus Induksi / PTM / surat kelulusan pengecualian Program Transformasi Minda (PTM);

  5. Salinan peperiksaan perkhidmatan kerajaan (jika berkenaan);dan

  6. Salinan BPK yang telah dikemaskini.
Berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 3 tahun 2018, tempoh CTG / CSG / ketidakhadiran tanpa cuti perakuan PDP hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu (1) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira iaitu suatu tempoh perkhidmatan pegawai yang ditolak jumlah CTG / CSG / ketidakhadiran tanpa cuti.
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN (PTB)
Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan tidak memilih opsyen KWSP, layak diberi taraf berpencen setelah genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan.
Berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 4 Tahun 2018, tempoh CTG tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan PTB.
Tarikh Pemberian Taraf Berpencen (PTB) ditetapkan sehari sebelum tarikh kematian bagi pegawai (gemulah) yang meninggal dunia sebelum diberi PTB tertakluk kepada Seksyen 8(b) Akta Pencen 1980.
Selaras dengan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 4 Tahun 2018, tarikh PTB ditetapkan sehari sebelum tarikh persaraan pegawai.
Dokumen yang perlu untuk proses urusan PTB adalah selaras dengan Lampiran B, Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 4 Tahun 2018 seperti berikut:

  1. Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh Ketua Jabatan- Jadual Keenam [P.U.(A) 1/2012];

  2. Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini; dan

  3. Kenyataan Cuti Yang Dikemaskini.